Diari Februari hingga April
1) Nasyid- done
2) Bola baling
3) Nasyid SLAD
4) Tatarias kelas / bilik khas
5) Tugas sebagai guru kelas - Sistem maklumat murid, jadual mengajar..bla..bla
-------------
Bila perhati jadual, macam takde masa lapang untuk diri sendiri je. Compact!
Mujurlah, minda positif ini berkata..
....."peluang ini adalah pengalaman. Dan pengalaman adalah guru terbaik kita"
-------------
Terharu rasanya dapat berjumpa semula dangan pengadil bola baling sewaktu saya di sekolah rendah dulu. Saya sempat menyapa dengan kedua mereka. Salah satunya Cikgu Zali :)
[Wah, bangganya dapat 'berdiri sama tinggi' dengan cikgu ..hehe]
"Cikgu, kenal saya lagi tak?"
"Siapa ya...ahah...awak. Buat apa sekarang?"
[dalam hati berkata, betul ke cikgu ni ingat kat aku..hehe]
"Saya main bola dulu, cikgu jadi pengadil. SK Durian Tunggal, cikgu"
"Ahah, saya ingat lagi." - kami ketawa sama-sama. Seronoknya :)
"Dulu, di padang nilah cikgu, team saya jadi johan daerah, satu kawasan Durian Tunggal menang cikgu"
"Hehe...betul. Wah, kamu dah jadi cikgu ye?"
"Yeap, sekarang ajar budak pula main bola"
"Baguslah.." Cikgu senyum :)
Dan, kami terus berbual, banyaknya cerita. Macam bersua teman lama. Saya sempat di'kenalkan' semula dengan pengadil yang sorang lagi ni. Pun pengadil pada zaman kanak-kanak saya.
"Dia ni dulu main bola baling tahun 95-96 lah. Sekarang dah setaraf dengan kita. Jadi cikgu. Jangan main-main ni, ustazah ajar bola baling "seloroh Cikgu Zali lagi.
Bergema tawa kami. Terasa bangga dapat berjumpa dengan cikgu. Terima kasih untuk segala ilmu cikgu. Saya dah panjangkan ilmu itu kepada anak-anak murid saya pula.
Jazakumullahukhairakathira..
No comments:
Post a Comment